Friday, 29 April 2011
Tuesday, 26 April 2011
Bahan Komsas
Sajak Hari Guru
Hari ini
adalah hari kita
menjunjung amanah
sandaran harapan insan berjuta
memikul misi murni
mengasuh mendidik
tunas bangsa
harapan nusa.
ii
Hari ini
adalah hari yang menuntut kita
bertafakur
apakah tiang azam
masih tegak kukuh
apakah perdu semangat
tak tergoncang ribut
ataukah langkah kita
sudah pincang tertusuk
duri-duri duga?
iii
Hari ini
ada bunga dikalungkan
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenang
ada salam dihulur
tanda hormat
pada insan yang bergelar GURU.
Sajak Hari Guru-Selina S.F.Lee
Maksud Sajak:
Rangkap 1:
Pada Hari Guru,seseorang pasti akan teringat akan jasa guru iaitu golongan yang memikul amanah mendidik anak bangsa.Bakti guru adalah harapan semua orang.
Pada Hari Guru,seseorang pasti akan teringat akan jasa guru iaitu golongan yang memikul amanah mendidik anak bangsa.Bakti guru adalah harapan semua orang.
Rangkap 2:
Di samping itu,pada Hari Guru,para guru sendiri pasti berfikir tentang sumbangan mereka sama ada mereka telah menabur bakti dengan penuh semangat atau mereka gagal melakukannya kerana halangan tertentu.

Rangkap 3:
Hari Guru merupakan hari penghormatan kepada semua guru.
Tema:
Tugas dan tanggungjawab para guru.
Hari Guru merupakan hari penghormatan kepada semua guru.
Tema:
Tugas dan tanggungjawab para guru.
Persoalan:
a)Kerajinan dan sikap tanggungjawab guru.
b)Mengenang jasa guru.
c)Azam yang kuat akan membuahkan kejayaan.
d)Semangat yang kuat dalam perjuangan.
Bentuk:
a)Terdiri daripada 3 rangkap.
b)Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.
c)Panjang pendek barisnya tidak sama.
d)Sajak ini berbentuk bebas.
Gaya bahasa:-
a) Metafora Contoh: tiang azam
b)Sinkof, contoh: tak tergoncang rebut
c)Kata ganda, contoh: duri-duri
d)Anafora, contoh: ada bunga…
ada puji
Nilai:
a)Keazaman yang kuat.Contoh:Para guru mempunyaikeazaman yang kuat untuk mencurahkan bakti kepada anak bangsa tanpa mengira latar keturunan.
b)Kegigihan.Contoh:Para guru gigih mendidik anak bangsa
c)Ketekunan.Contoh:Para guru tekun mencurahkan ilmu kepada anak murid
Wednesday, 20 April 2011
selamat datang ke blog cikgu jahrah
SELAMAT DATANG ke Blog Cikgu Jahrah. Moga perkongsian info banyak memberi manfaat dalam kehidupan seharian serta mendapat keredhaan Ilahi.
Subscribe to:
Posts (Atom)